LAPORAN PERMAINAN DAN SUKAN OLAHRAGA
HINGGA 19 JULAI 1999:
LAPORAN HARI KEJOHANAN 2000
RENANG:
Tiga pelajar menyertai Kejohanan Renang
Peringkat MSSM pada tahun 1999. Ketiga-tiga pelajar itu juga menyertai Kejohanan
Renang Peringkat Kebangsaan Remaja.
TAE KWAN DO:
Dalam Kejohanan Remaja Tertutup Kedah ,
pasukan sekolah memenangi satu pingat emas,dua perak dan enam pingat gangsa.
Dalam Kejohanan Jemputan SMSAH , pasukan sekolah memenangi satu emas, satu perak
dan satu gangsa.
BADMINTON:
Bagi Peringkat Daerah, pasukan sekolah
menjuarai bahagian peseorangan dan juga beregu bagi Peringkat umur Bawah 18
Tahun Lelaki dan Perempuan sert Bawah 15 Tahun Perempuan.Untuk Peringkat Bawah
15 Tahun Lelaki, pasukan sekolah menduduki tempat kedua. Bagi Peringkat Negeri,
peserta kategori Bawah 18 Tahun Lelaki berjaya mendapat tempat ketiga bagi
ketagori perseorangan.
HOKI:
Pada Kejohanan Peringkat Daerah, pasukan
Bawah 18 Tahun dan 15 Tahun Perempuan, berjaya menjadi juara . Pasukan Bawah 18
Lelaki telah menjadi Naib Johan, manakala pasukan Bawah 15 Tahun Lelaki
menduduki ketiga.
BOLA TAMPAR:
Pasukan Bawah 18 Tahun Lelaki dan Perempuan
menjadi Johan Peringkat Daerah. Pasukan Bawah 15 Lelaki dan Perempuan hanya
berjaya menjadi Naib Johan Pringkat Daerah.
BOLA JARING:
Pasukan Bawah 15 Tahun berjaya menjadi Naib
Johan Peringkat Daerah. Seorang pelajar dipilih mewakili Daerah bagi kategori
Bawah 15 Tahun.
SOFTBAL:
Pasukan Bawah 18 Tahun Perempuan menjuarai
Peringkat Daerah sebaliknya pasukan Bawah 18 Tahun Lelaki berada pada Naib
Johan.
BOLA KERANJANG:
Kedua-dua Bawah 18 Lelaki dan Perempuan sekolah
menjadi Johan Peringkat Daerah. Tiga pelajar terpilih mewakili
negeri.
SEPAK TAKRAW:
Pasukan Bawah 18 Tahun menjadi Johan
Peringkat Daerah. Tiga pelajar dipilih mewakili Daerah Kubang
Pasu.
TENIS:
Dalam Kejohanan Peringkat Daerah , pasukan
sekolah menyapu bersih kategori Bawah 15 dan 18 Lelaki dan Perempuan bagi acara
perseorangan dan juga beregu.Di peringkat Negeri , Peserta perseorangan dan
beregu bagi kategori Lelaki Bawah 15 dan 18 berjaya menjadi Johan, manakala
untuk Peringkat umur 15 Perempuan , berjaya menjadi Naib Johan
Bergu.
BOLA SEPAK:
Pasukan bawah 18 menentang pasukan smk
Megat Dewa di tempat lawan dan keputusannya SMKJ 3 SMKMD 1.Di tempat sendiri
SMKJ menewaskan SMKMD 7-0.Bawah 15 tahun pula SMK Jitra menentang SMK Seri
Mahawangsa di tempat lawan dan keputusannya ialah SMKJ 5 SMKSM 1.Di tempat
sendiri pula keputusannya 4-3.
SILAT OLAHRAGA:
Berjaya menjadi Johan Keseluruhan Peringkat
Daerah dengan tiga pingat Emas, dua perak,dan satu gangsa.
RAGBI:
Pasukan Bawah 18 Tahun berjaya menjadi
Johan Peringkat Daerah dan Naib Johan Peringkat Negeri. Pasukan Bawah 15 Tahun
pula menjadi Naib Johan Peringkat Daerah. Lima pelajar mewakili negeri bagi
Peringkat Bawah 15 Tahun . Dua pelajar mewakili negeri bagi Peringkat Bawah 18
Tahun.
CATUR:
Pasukan Bawah 15 dan 18 Perempuan berjaya
menduduki tempat ketiga Peringkat Daerah.
PING PONG:
Pasukan 18L,15L,15P telah mendapat naib
johan daerah dan pasukan 18P mendapat johan pada MSSK Peringkat Daerah Kubang
Pasu.Peserta individu 18P, Yer Ching Ching mendapat Johan dan Lee Sue Lyn
mendapat naib johan.Nazim Mustapha mendapat naib johan bukan Cina.
OLAHRAGA:
Menduduki tempat ketiga di Peringkat Daerah
dengan 12 pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa. Seorang pelajar
terpilih mewakili negeri ke Pesta MSSM.
