SEJARAH SMKJ:
Gambaran
SMKJ
Lembaran sejarah sekolah ini bermula pada
1961 apabila ia dibuka sebagai institusi pendidikan dengan nama Sekolah Lanjutan
Kampung. Pada peringkat permulaan sekolah ini mempunyai 50 orang pelajar lelaki
dari seluruh negeri Kedah dan Perlis yang melanjutkan pelajaran sehingga
Tingkatan 3. Sekolah ini menitikberatkan pelajaran vokasional dan akademik. Ia
merupakan satu-satunya sekolah lanjutan di Kedah yang mengeluarkan pelajar
terlatih bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kerja
tangan dan pertukangan.
Sekolah ini merupakan sekolah berasrama dan
dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni
Almarhum Sultan Badlishah, pada 29 November 1964. Pada Januari 1965, sekolah ini
telah diperkenalkan dengan sistem pendidikan baru iaitu Aliran Melayu dan Aliran
Inggeris. Sekolah ini mula dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH JITRA(SMJ) pada
Januari 1966. SMJ terus berkembang dan beberapa pembaharuan dibuat seperti
membina asrama pelajar yang mula digunakan pada tahun 1982.
Sehingga sekarang SMJ mempunyai sebuah
surau, stadium mini, perpustakaan dan sebuah dewan besar untuk kemudahan pelajar
di samping 8 blok bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah.
Kronologi Sejarah
- Nama asal Sekolah Menengah Jitra ialah
Sekolah Lanjutan Kampung Jitra.
- Guru Besar yang pertama ialah Encik Ahmad
Marican.
- Sekolah Lanjutan Kampung Jitra dirasmikan
oleh Tunku Bendahara Kedah pada tahun 1965.
- Tarikh pertukaran nama Sekolah Lanjutan
Kampung Jitra kepada Sekolah Menengah Jitra ialah pada tahun
1966.
- Guru Besarnya ialah Encik Chong Eng
Kong.
- Beliau berkhidmat dari tahun 1964 hingga
tahun 1975.
- Nama Sekolah Menengah Jitra diberi kerana
pada masa itu sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah menengah di
Jitra.
- Sekolah Menengah Jitra ditukarkan nama
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra mulai 1997
- SMKJ diberikan taraf Sekolah Bestari
mulai Januari 1999.
