Pengetua  SMKJ:
 
 

Encik Abdullah Bin. Mad Yunus
 

Perutusan Pengetua:
 

Bismillahhirrahmanirrahim
Saya mengambil kesempatan ini memanjatkan rasa kesyukuran kehadirat Allah S.W.T kerana sekolah ini dipilih sebagai salah sebuah sekolah Bestari. Di samping itu sekolah ini juga telah dipilh sebagai sekolah Primer bagi  Daerah Kubang Pasu secara rasmi mulai tahun 1999.
 Dengan peranan yang diberikan di atas Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra perlu dibawa untuk menjadi sekolah yang berkesan. Keberkesanan sekolah harus mendapat komitmen dan iltizam daripada semua warga pendidik dalam segenap aspek persekolahan. Bidang Akademik perlu diutamakan disamping aspek ko-kurikulum tidak harus diabaikan bagi mencapai dasar keseimbangan anak didik yang hendak dihasilkan. Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif perlu dipertimbangkan  bagi merangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran.
 Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra haruslah juga berusaha membawa seluruh jentera sekolah samada pelajar, guru dan juga staf bukan guru mempunyai watak serta mempunyai identiti yang dapat melambangkan ketinggian budaya sekolah yang sebenar Budaya SMKJ pula akan menjurus ke tahap kualiti yang tinggi.
 Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra akan dibawa menuju sebagai institusi pendidikan yang mendapat kepercayaan masyarakat sebagai pusat pendidikan yang mampu menghasilkan pelajar yang terbaik.Sekolah harus menjadi sebuah sekolah yang benar-benar unggul sesuai dengan pengiktirafan yang 'dibumi'kan pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Semoga segala usaha diberkati dan segalanya akan berjaya.

Senarai Pengetua SMKJ:
Nama  Tarikh Berkhidmat 
Encik Ahmad Bin Marican  1961 sehingga 1963 
Encik Chong Eng Kong  1964 sehingga 1975 
Encik Mohd Arif Bin Rahmat  1.2.1975 sehingga 31.5.75 
Encik Abd Razak Bin Abu  1.6.75 sehingga 1.9.77 
Encik Mohd Hanafiah bin Ishak  15.9.77 sehingga 1.6.82 
Encik Ramli bin Md.Noh  1.7.82 sehingga 31.12.87 
Tn.Hj. Radzi bin Hj Hamid  1.2.88 sehingga 22.5.93 
Tuan Hj. Md.Desa bin Osman  16.8.93 sehingga 31.5.95
Encik Abd Rahman bin Yop  1.6.95 sehingga 31.1.98 
Encik Shahidan bin Abd Rahman  1.2.98 sehingga 15.4.2000
Tuan Haji Yahya bin Tahrin   16.4.2000 sehingga 1.4.2001
Encik Abdullah bin Mad Yunus   1.4.2001 sehingga ....