HARI
GOTONG ROYONG: Hari Gotong Royong ini diadakan pada 18 Mc
2000 dan berterusan sehingga 25 Mac 2000. Gotong royong ini diadakan
sempena lawatan Jemaah nazir daripada Kementerian Pendidikan yang
datang membuat penilaian sempena Pencalonan Sekolah Menengah
Kebangsaa Jitra sebagai " Sekolah Harapan Negara " pada tahun 2000
ini. Pihak sekolah giat menjalankan aktiviti supaya dapat beroleh
kajayaan dalam pertandingan tersebut. Pada hari tersebut semua
pelajar , guru-guru dan staf bukan akademik hadir ke hari gotong
royong tersebut. Pelajar-pelajar dan guru dibahagikan tugas
masing-masing mengikut kelas, persatuan, dan tingkatan. Sekolah
berharap agar dapat memperolehi kajayaan kemudian hari.
Pelajar-pelajar tingkatan 4 di blok NILAM dikehendaki mengecat
mural, membuat projek taman angkat, dan membersihkan kawasan sekitar
blok. Pengawas dan ahli persatuan-persatuan di sekolah pula
dikehendaki menyiapkan projek taman angkat masing-masing yang
terletak di sekitar sekolah. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian
dalam gotong-royong ini,menunjukkan contoh serta komitment yang
begitu menggalakkan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat
diambil semasa aktiviti gotong royong dijalankan.
|